Penduduk China Jumpai Rangka Bertanduk Dan Berbadan Panjang ,Dikatakan Seekor Naga

Penduduk China menemui rangka makhluk bertanduk dan berbadan panjang yang dikatakan rangka seekor naga. Rangka tersebut ditemui di Zhangjiakou.

Rangka makhluk misteri itu ditemui atas tanah. Ia terdiri daripada tengkorak besar, dengan mulut dan tanduk mulut panjang serta dan tulang leher panjang yang menghubungkannya dengan bahagian tubuh yang lain.

Terdapat juga dua bahagian badan kecil yang dianggap sebagai tangan. Rangka tersebut berukuran panjang kira-kira lebih dari 18 meter dan belum diketahui pasti makhluk apa yang mempunyai rangka seperti itu.

Namun, beberapa orang yang masih percaya tahyul merasa yakin bahawa rangka itu merupakan rangka seekor naga, makhluk khayalan yang selama ini hidup dalam cerita-cerita dongeng.

Hingga kini belum ada kepastian tentang rangka tersebut.

Bagaimanapun, ada beberapa netizen dalam media sosial China percaya bahawa rangka itu hanyalah props untuk penggambaran filem.

“Mereka kelihatan seperti tidak menghormati rangka tersebut, di sini jelas menunjukkan bahawa mereka tahu rangka itu palsu,” tulis netizen.

Bagi warga tradisional China, naga memang dianggap sebagai makhluk yang dihormati dan diagungkan seperti tuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.