MIC Akan Tingkat Penjelasan Mengenai MIB

KUALA LUMPUR – MIC akan terus memberikan penjelasan kepada masyarakat India bagi meningkatkan lagi keyakinan mereka terhadap rancangan yang telah digariskan dalam Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB).

Presidennya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata MIB memberikan keyakinan baharu kepada masyarakat India yang boleh diterjemahkan dalam bentuk sokongan untuk kerajaan.

Sehubungan itu, MIC mengemukakan beberapa cadangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk ditimbangkan dalam Bajet 2018 bagi membolehkan parti mencapai perkara yang digariskan dalam MIB, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali MIC 2017 hari ini.

Subramaniam dilaporkan berkata, pelan dilancarkan April lepas itu akan menyelesaikan masalah sosioekonomi khususnya dalam isu pendidikan dan kebajikan kaum India secara teratur dan efektif untuk tempoh 10 tahun.

Beliau berkata, antara lain, pelbagai program pembangunan telah digariskan dalam pelan tindakan itu bagi menangani isu kritikal yang melanda masyarakat India.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.