MAS Tak Jejas CEO ‘Angkat Kaki’

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yakin keputusan mengejut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd. (MAS), Peter Bellew yang ‘lari’ menyertai syarikat penerbangan lain tidak akan menjejaskan proses transformasi MAS.

Tiong Lai me­ngakui beliau sendiri terkejut dengan berita berkenaan, namun yakin agenda transformasi MAS akan diteruskan oleh sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai peneraju syarikat itu.

“Kami belum menerima sebarang laporan daripada MAS, bagaimanapun kami yakin pelan transformasi MAS akan diteruskan, walau siapa pun CEO baharu dia akan meneruskan agenda ini.

“Kami OK, MAS kini berada dalam keadaan baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) di Pusat Konvensyen HGH di sini semalam, lapor Kosmo.

Semalam dilaporkan pengunduran Bellew, 50, selepas setahun menjadi CEO MAS untuk menyertai semula syarikat penerbangan tambang murah Ireland, Ryanair Holdings Plc. (Ryanair) selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) bermula 1 Disember ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.