Malala Yousafzai Disamakan Dengan Bintang Porno Mia Khalifa Gara-Gara Ini

Penerima Nobel, Malala Yousafzai menjadi sasaran sindiran di media sosial kerana mengenakan seluar jeans dan kasut tumit tinggi ketika menimba ilmu di Universiti Oxford.

Malala Yousafzai Disamakan dengan Bintang Porno Mia Khalifa Gara-gara Ini

Meski pun belum disahkan kebenarannya, tapi gambar itu telah diterbitkan beberapa media di Pakistan.

Sebelum dimuat naik di media, gambar Malala itu telah tersebar di laman forum warga Pakistan di Facebook, pada hujung minggu lalu.

Susulan itu, Malala telah dikritik kerana menukar pakaian tradisional Pakistan yang biasa dikenakannya dengan seluar jeans ketat, kasut tumit tinggi dan jaket.

Dia bukan sahaja dikecam, bahkan ada netizen menyamakan penampilan Malala itu dengan bintang filem porno Mia Khalifa.

“Dia adalah hasil permainan yang diciptakan Amerika Syarikat. Saya amat malu mengatakan bahawa dia seorang warga Pakistan,” kata Yaseen Khan, seorang netizen.

“Mia Khalifa baru,” kata seorang yang mempunyai akaun bernama UxMan MaAn. Sementara seorang netizen bernama Shaiq Sirajuddin Shah berkata, seharusnya perempuan tidak mengenakan jeans yang ketat seperti itu.

Namun, ada juga netizen yang membela Malala dengan penampilan barunya itu. “Malala berpakaian pakaian barat biasa ” Berapa ramai lelaki yang memelihara pakaian tradisional? ” Huraira berkata melalui Twitternya.

Anita Anand, penyampai BBC yang membawa program Any Answer? di BBC Radio 4 turut menyokong tindakan Malala.

“Setakat yang saya faham, Malala boleh memakai apa sahaja pakaian yang dia suka. Anita. Saya tidak pasti apa yang Malala boleh lakukan untuk memuaskan mereka, “tambah Anita.

Malala bagaimanapun tidak mengulas mengenai perkara itu. Melalui akaun Twitter-nya, dia hanya bercerita tentang buku terbarunya Malala ‘s Magic Pencil.

Ia adalah buku bergambar bertama karya Malala yang diilhamkan daripada pengalaman masa kecilnya.

Nama Malala dikenali ketika dia berusia 11 tahun selepas dia menulis blog untuk BBC Urdu. Melalui blognya dia bercerita bagaimana Taliban menguasai Lembah Swat di Pakistan pada 2007.

Di sana, Taliban melakukan pembunuhan, menghancurkan sekolah, dan memaksa semua perempuan memakai burka.

Malala yang kini berusia 20 tahun, pernah nyaris kehilangan nyawanya pada 2012 selepas ditembak seorang anggota Taliban Pakistan kerana memperjuangkan kepentingan pendidikan untuk perempuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.