Jangan Layan ‘Fatwa Pelik’ Ustaz, Rujuklah Mufti Pandangan – Asyraf

KUALA LUMPUR — Pandangan agama ustaz popular “yang pelik-pelik” hanya mengelirukan dan boleh mendatang fitnah kepada agama, kata timbalan menteri.

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengulas pandangan berhubung isu dobi “untuk Muslim sahaja” dan juga wanita Islam tidak boleh mendandan rambut dengan bukan Islam.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengingatkan hanya fatwa mufti yang diperkenan sultan boleh diterima oleh semua.

Ulasan isu hukum agama ustaz atau ulama “kekal sebagai pandangan masing-masing yang tiada apa-apa kesan perundangan”, kata Asyraf Wajdi lagi di Facebook.

Beliau kesal dengan sebilangan ustaz atau penceramah agama, terkenal di TV atau media sosial, yang “berani meletakkan hukum sewenang-wenangnya”.

“Justeru hormatilah autoriti agama dan hentikanlah menyebar dan menular ‘fatwa-fatwa pelik’ daripada individu-individu selain mufti yang hanya akan mencetuskan kekeliruan, kekeruhan dan polemik yang tidak menguntungkan bahkan boleh menjadi fitnah kepada kesucian agama Islam,” katanya hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.