Isteri Tentera Laut Ini Siram Skandal Suaminya Dengan Air Panas Mendidih

Mengetahui suami berlaku curang tentu merupakan perkara yang paling tidak diharapkan oleh mana-mana wanita. Salah seorang wanita yang mengalami masalah ini ialah Monika Fourie, 34, iaitu isteri seorang tentera laut Britain.

Disebabkan terlalu kecewa, Monika nekad menyiram skandal suaminya itu dengan menggunakan air panas mendidih.

Akibatnya, Hannah Stokes, wanita simpanan suami Monika, mengalami luka  yang  parah di seluruh tubuhnya.

Hannah menjalani rawatan di hospital, sementara Monika terpaksa bertanggungjawab diatas perbuatannya. Kes ini sedang dibicarakan di Mahkamah Plymouth.

Suami Monika, Wouter, 36, mula menjalin hubungan sulit dengan Hannah beberapa minggu sebelum insiden menyiram air panas itu terjadi.

Peguamnya berkata Monika secara tidak sengaja menangkap suaminya dan Hannah sedang bermesra di ruang tamu rumahnya.

Dengan tenang, Monika berkata, dia mahu ke dapur untuk membuat secawan kopi. Namun, di dapur dia mengisi air mendidih ke dalam sebuah gelas besar.

Monica  kemudian kembali ke ruang tamu dan menuang air mendidih itu ke badan Hannah yang sedang duduk di atas sofa.

Tidak hanya berhenti di situ, Monika lalu mengambil cerek di dapur yang masih berisi air mendidih, lalu membawanya ke ruang tamu dan menyiramkan sisa air mendidih itu ke tubuh Hannah.

Akibatnya, Hannah mengalami luka parah di dada, leher, dan belakangnya.

Peguam Jo Martin berkata, Hannah kemudian dikejarkan ke hospital kerana mengalami luka bakar peringkat dua dan perlu menjalani pembedahan.

Sementara itu, Monika menafikan secara sengaja mahu mencederakan Hannah .

Menurut Jo Martin, Monika dan suaminya memang bermasalah dalam perkahwinan mereka walaupun sudah dikurniakan seorang anak perempuan.

Suaminya memulakan hubungan dengan Hannah Stokes pada bulan September 2015. Pada akhir bulan yang sama, suaminya memberitahu Monika tentang hubungannya dengan Hannah dan  beranggapan bahawa perkahwinan mereka akan berakhir tidak lama lagi.

Monika menerima berita itu dengan tenang  bahkan sudah membincangkan pembahagian harga serta hak penjagaan anak mereka.

Setelah itu Monika tinggal bersama rakannya dan suaminya kemudian mengajak Hannah datang kerumahnya untuk menonton pertandingan rugby di kediaman mereka.

Namun, ketika kedua mereka sedang duduk di sofa,  Monika masuk ke dalam rumah. Peguam berkata, Monika kelihatan sangat tenang bahkan meminta suaminya mengenalkan dia kepada Hannah.

Kisah mereka berakhir disitu dan sehingga kini kes itu masih dibicarakan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.