Datuk ‘Minyak Wangi’ Tampil Jelas Isu Wang RM100,000 Aeril Lesap

KUALA LUMPUR ― Ahli perniagaan lelaki yang didakwa menipu pelakon Aeril Zafrel dan isterinya telah menghubungi mereka tiga hari lalu.

Datuk “minyak wangi” itu menghantar mesej WhatsApp “segala kebenaran terjawab tidak lama lagi” selepas aduan polis dan foto lelaki itu dimuat di Instagram.

“Saya tidak faham dan kurang jelas dengan apa dimaksudkannya,” kata Aeril yang mendakwa ditipu RM100,000 untuk mengeluarkan minyak wangi dengan Datuk itu.

“Saya balas mesej itu dan ajak jumpa, tetapi dia tidak beri maklum balas,” katanya, lapor Metro.

Media baru-baru ini melaporkan Aeril membuat laporan polis terhadap individu itu selepas beberapa bulan menjejakinya untuk menuntut wang itu.

Beliau pernah diberi cek tendang oleh lelaki terbabit walaupun ada artis popular yang berjaya menghasilkan minyak wangi dengan Datuk itu.

Aeril mempertahankan tindakannya menyiarkan foto lelaki itu dengan berkata “tidak berniat” memalukan Datuk itu tetapi hanya mahu menuntut haknya.

“Jumlah RM100,000 bukan sikit. Jadi saya tetap berjuang mendapatkan semula wang saya. Saya ajak jumpa supaya masalah ini diselesaikan segera,” katanya.

Pelakon “Zahir Tak Terucap” itu berkata beliau sedia menerima separuh dahulu daripada wang tersebut jika individu itu mempunyai masalah kewangan.

Pelakon Rozita Che Wan turut mendakwa ditipu Datuk tersebut sebanyak RM50,000 bagi tujuan yang sama tetapi “menghalalkannya.”

Beliau juga mendakwa wang tersebut diguna untuk membeli kereta baru, rumah baru dan berpoligami.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.