Barah Hati Ada Kaitan Dengan Rawatan Herba – Kajian

MIAMI – Para penyelidik menemui bukti yang meluas mengenai hubungan antara rawatan herba tradisional China Cina dan barah hati di seluruh Asia, menurut satu kajian yang didedahkan semalam.

Menurut AFP lapor mediacorp, hasil kajian itu menyarankan bahawa langkah-langkah yang lebih berat tegas harus diambil supaya orang ramai mengelak daripada mengambil asid aristolochic (AA) yang diperolehi dari keluarga tumbuhan Aristolochia, menurut laporan dalam jurnal Science Translational Medicine.

Asid-asid itu boleh didapati dalam beberapa ubat tradisional China Cina yang diberi semasa seseorang itu bersalin untuk mencegah daripada parasit dan menggalakkan pemulihan.

Para penyelidik membuat ujian ke atas 98 tumor atau ketumbuhan pada hati yang disimpan di hospital-hospital di Taiwan dan mendapati 78 peratus daripadanya mengandungi corak-corak mutasi yang menandakan bahawa barah-barah itu “mungkin berpunca daripada sentuhan kimia-kima tersebut”. Demikian penemuan kajian berkenaan.

Oleh sebab asid-asid itu menyebabkan “corak mutasi yang mudah dikenal pasti”, para penyelidik juga mengkaji 89 sampel barah hati di China dan mendapati bahawa 47 peratus menunjukkan hubungan dengan ubatan tradisional itu.

Di Vietnam, lima daripada 26 tumor yang dikaji menghasilkan hubungan yang tepat (19 peratus), dengan lima daripada Sembilan berpunca daripada negara-negara di Asia Tenggara.

Taiwan melarang sesetengah penyediaan herba menggunakan tumbuhan itu setelah mendapati bahawa asid aristolochic boleh menyebabkan penyakit buah pinggang dan barah saluran kencing pada 2003.

Bagaimanapun, para pengkaji mendapati bahawa mutasi berkaitan AA dalam barah hati di Taiwan tidak berkurangan walaupun setelah larangan itu berkuat kuasa.

Ini mungkin kerana ia mengambil masa untuk mengesan penurunan barah dalam data tersebut, seperti contoh barah yang berkaitan dengan tembakau setelah merokok didapati menyebabkan tumor paru-paru.

Atapun, orang ramai masih lagi terdedah kepada asid-asid berkenaan melalui produk-produk dan campuran-campuran herba yang mengandunginya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.