Video : Tumbuk, Terajang Kerana Air Dipotong

KULAI – Polis mengesan dua lelaki yang disyaki menumbuk, menerajang dan mengugut seorang individu dipercayai kakitangan SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ) selepas video insiden itu viral di laman sosial Facebook hari ini.

 

Video berdurasi 15 saat itu tersebar sejak jam 4 petang tadi memaparkan seorang lelaki memakai jaket SAJ yang berada di atas motosikal ditumbuk di muka oleh seorang lelaki, manakala seorang lagi menendang dan merampas topi keledar mangsa.

Kejadian dipercayai berlaku di kawasan Kampung Melayu apabila lelaki berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan kakitangan SAJ itu memotong bekalan air tersebut.

 

Kejadian itu dipercayai dirakam seorang lagi kakitangan SAJ bertugas, yang mana suspek dilihat turut menuju ke arahnya sebelum rakaman ditamatkan.

 

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said mengesahkan menerima laporan berhubung insiden terbabit, petik Metro.

 

Razak berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana melakukan ugutan.

 

Sementara itu, jurucakap SAJ memaklumkan mereka hanya menyedari kejadian itu selepas melihat video berkenaan di laman sosial.

 

Katanya, pihaknya masih menyiasat perkara itu dan masih tidak menerima sebarang laporan daripada mangsa.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.