Video: Treler Heret Myvi Jadi Viral

SHAH ALAM – Satu rakaman sebuah treler mengheret sebuah kereta Perodua Myvi diseret  menjadi viral di media sosial.

 

Dalam video yang berdurasi 45 saat itu menunjukkan kejadian tersebut berlaku di persimpangan keluar Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke).

 

Dalam rakaman video tersebut, treler tersebut mengheret Myvi itu sejauh lebih kurang 100 meter.

 

Menurut satu laporan berita tempatan, Myvi tersebut cuba memintas treler tersebut dari sebelah kiri dan laluan semakin mengecil mengakibatkan kereta tersebut bergesel dengan treler itu dan diseret.

 

 

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan kes masih disiasat polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.