Video : Orang Asli Terkesan Dengan Perubahan Status Tanah Selangor

KUALA LUMPUR – Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berkata, orang asli terkesan dengan perubahan status tanah di Selangor.

 

Chegubard Berkata, selepas sahaja pertukaran Menteri Besar, iaitu yang dipegang oleh Datuk Seri Azmin Ali sekarang ini, katanya, perubahan status itu disegerakan dengan tergesa-gesa.

 

“Ramai yang tidak sedar yang turut dizonekan semula ialah hutan simpan Kuala Langat Utara. Di sinilah tanah rayau mereka di mana tempat mereka mencari rezeki turut terjejas secara langsung.

 

“Ini hak mereka. Perjuangan mereka untuk tanah mereka.,”katanya pada sidang media di sini, petang tadi.

 

Terdahulu, Chegubard mendedahkan Dokumen Rasmi Kerajaan Negeri yang mengesahkan tanah lot 68504 itu telah ditukar status dan beliau turut memnunjukkan petikan minit mesyuarat Kerajaan negeri Selangor (Febuari 2014) yang ketika itu dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dengan jelas menolak permohonan pertukaran status tanah Lot 68054 dengan alasan dalam minit tersebut kerana lot tersebut terletak di dalam kawasan Paya Indah Wetland.

 

Telah didedahkan juga dokumen yang bocor dari pejabat Exco yang menyatakan proses perlengkungan (re zone) bukan sahaja libatkan kawasan sekitar Paya Indah Wetland tetapu Hutan Simpan Kuala Langat Utara turut terlibat. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.