Video : Jamal Ditahan, Direman 2 Hari

KUALA LUMPUR – Ketua gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos direman 2 hari, mulai hari ini, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, sebentar tadi, kata Penasihat Undang-undang Gerakan Merah V2, Mohd Imran Tamrin.

 
Mohd Imran berkata, Jamal telah di tahan dan disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, Seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Sekumpulan polis Bukit Aman menahan Jamal hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.30 pagi tadi.

 
“Beliau juga ditahan berikutan insiden di Sabak Bernam tempoh hari yang dilakukan gerakan Merah terhadap Bersih 5 dan kita sedia beri kerjasama kepada polis,” katanya ditemui di hadapan IPD Dang Wangi.

 
Katanya, siasatan itu dibuat berdasarkan laporan polis beberapa pihak berhubung kenyataan berbaur hasutan yang dimuat naik ke Facebook mengenai rusuhan kaum 13 Mei 1969 bakal berulang dan akan berlaku kejadian parang terbang, jika perhimpunan Bersih 5 diteruskan pada 19 November nanti.

 
Pada 9 Oktober lalu, akaun Facebook di dakwa milik  Dato Jamal Yunos mengancam perang 13 Mei mulai tersebar di media sosial.

 
Status itu memaparkan “Saya berjanji tragedi 13 Mei akan berulang dan parang terbang akan terjadi jika Bersih 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan #Bersih5 yang dijadualkan pada 19 Nov ini. Hidup Melayu!”

 
Susulan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan tindakan tegas dan segera, kerana “kenyataan menghasut sebegini tidak boleh diterima”.

 

 

Jamal bagaimanapun menafikan akaun Facebook itu miliknya dan mendakwa DAP sebagai dalang yang membuka akaun palsu menggunakan namanya dan mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengupah penggodam untuk memuat naik “post palsu” itu.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.