Tekak Berlubang Lepas Makan Lada Paling Pedas

WASHINGTON – Tekak  Seorang lelaki didakwa berlubang selepas memakan salah satu lada paling pedas di dunia, Ghost Pepper.

 

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Laporan Fox News, lelaki  tersebut memasukkan lada tersebut ke dalam burgernya untuk sebuah pertandingan makanan.

 

Selepas memakan lada tersebut, mangsa berumur 47 tahun mula muntah tanpa henti dan menyebabkan tekaknya berlubang.

 

Insiden berkenaan dikenali sebagai sindrom Boerhaave mempunyai risiko maut yang tinggi.

 

Menurut sumber, mangsa terpaksa ditahan untuk rawatan di hospital selama 23 hari.

 

Kepedasan lada diukur menggunakan skala Scoville dan Ghost Pepper mempunyai ukuran lebih sejuta.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.