Seorang Putera Saudi Dihukum Mati Gara-Gara Membunuh

ARAB SAUDI – Seorang putera Saudi dilaporkan dihukum mati di Riyadh semalam apabila mahkamah mendapati dia bersalah.

 

Putera Turki bin Saud al-Kabir mengaku bersalah menembak Adel al-Mohaimeed sehingga mati selepas mereka bergaduh.kata kementerian dalam negeri Saudi seperti dilaporkan agensi berita rasmi negara itu.

 

“Kerajaan… mahu menjalankan undang-undang, memastikan keselamatan dan menegakkan keadilan dengan melaksanakan undang-undang yang ditetapkan Allah…,” kata kementerian itu.

 

Walau bagaimanapun menurut laporan Reuter yang memetik SPA, keadah hukuman tidak disebut namun kebanyakan hukuman bunuh di Arab Saudi adalah menggunakan kaedah kepala dipenggal menggunakan pedang.

 

Insiden ini menunjukkan bahawa anggota keluarga diraja Arab Saudi turut tertakluk kepada hukuman mati.

 

Anggota kerabat Saudi dianggarkan berjumlah sehingga ribuan orang dan mereka menerima elaun bulanan dan putera-putera kananya terkenal kaya raya dan memegang kuasa politik negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.