‘Sekarang Ini Yang Jahat Semuanya Saya,” – Elly Mazlein

KUALA LUMPUR – Pelakon Elly Mazlein menerima semua dakwaan dalam akuan bersumpah bekas suaminya pengarah drama Azmi Hatta termasuk tuduhan kononnya dia melakukan kekerasan dan bersikap terlalu cemburu sepanjang tempoh mereka berkahwin.

 

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, berkata, enggan melayani isu tersebut kerana menyifatkan akan menganggu fokusnya terhadap pertandingan nyanyian Gegar Vaganza 3 yang disertainya.

 

“Sekarang ini yang jahat semua saya, yang tendang terajang, yang busuk semua saya. Tidak apalah saya terima sahaja apa yang dia tuduh kepada saya itu,”katanya petik Mstar.

 

 

Katanya, akuan sumpah ‘istikharah cinta’ setebal 20 helai itu boleh dijadikan skrip drama.

 

 

“Biarlah apa dia mahu kata, dia sahaja yang baik dan mulia dalam dunia ini,” ujarnya.

 

 

Dalam pada itu, Elly berkata, dia juga akan menghentikan sindiran di laman sosial Instagram atas permintaan peminat-peminatnya.

 

 

“Demi keluarga dan permintaan pengikut saya, saya juga tidak akan muat naik apa-apa kisah berkaitan pasangan tersebut lagi,” ujarnya.

 
Terdahulu, Azmi Hatta menunjukkan akuan bersumpah yang mengandungi 45 perkara mengenai rumah tangganya sebelum ini.

 

 

 

Pendedahan itu dibuat dalam akaun bersumpah yang menyenaraikan 45 perkara berkaitan hal rumah tangga yang dibina sebelum ini.

 

 

Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly hamil empat bulan.

 

 

Pengarah itu turut mendakwa Elly bersikap terlalu cemburu sehingga menjadikan beberapa pelakon wanita yang terlibat dalam drama bawah arahannya sebagai mangsa keadaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.