Polis Tahan Dua Lelaki Pukul Kakitangan SAJ

PETALING JAYA – Polis Johor menahan dua lelaki kerana didakwa memukul dan menyerang seorang kakitangan Suruhanjaya Air Johor (SAJ) yang memotong bekalan air ke rumah keluarga suspek kerana tidak membayar bil.

 

 

Suspek berusia 36 dan 19, dari Kulai itu turut mengugut dua kakitangan SAJ dengan cangkul menerusi video yang tersebar di media sosial petang kelmarin.

 

 

Terdahulu, suspek menanggalkan topi keledar kakitangan SAJ itu lalu menumbuk kepala petugas itu, manakala seorang lagi rakannya ‘menerajang’ kakitangan terbabit.

 

 

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, kakitangan SAJ itu mengalami “kecederaan tisu lembut”.

 

 

“Kedua-dua suspek menyerang pengadu dan rakannya menggunakan tangan dan topi keledar,” katanya dalam satu kenyataan.

 

 

Suspek masing-masing ditahan pada kira-kira jam 2 pagi di Jalan Indahputra dan Kampung Melayu di Kulai, Johor.

 

 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.