Netizen Luah Kemarahan, Serang Laman FB Faizz Nur

KUALA LUMPUR – Ekoran daripada pendedahan yang dibuat oleh Yusnidah Hussain, ibu saudara kepada dua adik beradik yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan di Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE) berkenaan isu wang sumbangan orang ramai ‘diambil’ oleh adik-beradiknya, telah menarik perhatian netizen ‘menyerang’ akaun Facebook milik Faizz Nur, adik bongsu kepada Yusnidah.

 

Netizen yang rata-ratanya terkesan dengan pendedahan tersebut meluahkan kemarahan mereka dilaman Facebook Faizz Nur dengan kata-kata kesat dan sindiran berikutan kedudukannya sebagai bapa saudara yang sebelumnya memegang amanah menjaga wang sumbangan orang ramai kepada dua anak yatim piatu itu.

 

“Orang tumpang akaun ko je bodo. duit tu bukan untuk ko. ko leh bagi statement ko ada hak lak kat duit tu. memang sial orang cam ko ni,” kata seorang netizen bernama Faizal Abdul Hamid di laman Facebook itu .

 

“Wuih tak malu makan duit anak yatim piatu…. Wey ingat masih ada yang di atas yang tengok kelakuan you tu,” ujar Chicilia Nathalie.

 

“Kalau betul la kau makan duit anak yatim..memang bapak kepada bapak segala setan la ko ni,” kata Karma Azmi pula.

 

Ekoran serangan tersebut dan tuntutan penjelasan yang diajukan di Facebook, Faizz Nur telah memuat naik status bagi menjelaskan perkara tersebut.

 

Dalam penjelasannya, Faizz Nur menyatakan bahawa beliau akan membawa perkara tersebut ke mahkamah dan tidak akan membuat sebarang kenyataan di media sosial.

 

“Walaubagaimanapun, saya membuat keputusan untuk membawa pertuduhan fitnah ini ke muka pengadilan dan bertindak untuk tidak membuat sebarang kenyataan di media massa kerana saya dinasihatkan oleh peguam saya untuk menghormati prosiding-prosiding mahakamah yang sedang berjalan.

 

“Justeru saya memohon untuk rakyat malaysia untuk memberikan ruang saya dan keluarga yang difitnah ini untuk membela diri di muka pengadilan,” katanya dalam status di akaun Facebook miliknya.

 

Tambah beliau lagi, perkara ini di bawa ke mahkamah kerana beliau menganggap ia merupakan satu platform terbaik untuk menegakkan kebenaran.

 

Dalam pada itu, mengenai dakwaan Yusnidah mengenai adik-beradiknya yang menggunakan nama mufti Wilayah persekutuan untuk mengambil wang tersebut, beliau lantas memuat naik satu kenyataan berkenaan isu berkenaan dalam akan Facebook miliknya.

 

“Kami dengan tegas menyatakan bahawa bapa saudara atau ibu saudara hanya sebagai pemegang amanah di mana hak pengurusan wang berkenaan adalah tertakluk kepada keperluan (Maslahah) dan sumbangan sedekah kepada kedua anak yatim berkenaan, dan diuruskan dengan penuh kejujuran dan rasa tanggungjawab.

 

“Itulah yang kami maksudkan kepada pihak yang bertanya. Bukannya wang itu sepenuhnya menjadi hak milik pemegang amanah dan boleh digunakan untuk manfaat peribadi dengan sewenang-wenangnya,” ujarnya.

 

Terdahulu, Yusnidah mendakwa dua anak saudaranya, Nur Firuza Amira, 8, dan Nur Firuza Aqilah, 5, hanya mendapat RM12 000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul bernilai kira-kira RM300 000.

 

“Saya sedih kerana wang yang sepatutnya menjadi hak dua anak saudara saya tidak sampai ke tangan mereka untuk digunakan bagi perbelanjaan sekolah dan harian demi masa depan.

 

“Alasan yang diberikan oleh adik-adik saya, wang itu hak mereka kerana akaun bank peribadi atas nama mereka,” ujarnya dalam pendedahannya semalam yang mengundang pelbagai reaksi kesal dan amarah dari netizen.  – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.