Keislaman Tak Terjejas Jika Makan ‘Hot Dog’, Kata Nazri Aziz

KUALA LUMPUR – Keislaman seseorang penganut agama Islam tidak akan terjejas hanya semata-mata dengan memakan ‘hot dog’.

 

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohamed Nazri Aziz berkata, pertikaian itu timbul dalam menu makanan dibuat oleh mereka yang jahil.

 

“Ini mengarut, dibuat oleh orang yang jahil. Mereka tidak hidup di dunia sebenar.

 

“ Ia tidak menjejaskan keislaman saya hanya kerana makan hot dog, malah sekarang ni saya rasa nak makan hot dog,” katanya.

 

Terdahulu, isu tersebut timbul selepas Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pengusaha restoran dan makanan perlu lebih sensitif dalam pemilihan nama menu atau produk bagi mengelakkan umat Islam keliru.

 

Dalam pada itu, beliau menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) tidak memberikan sijil halal kepada rangkaian francais, Auntie Anne kerana salah satu produknya dinamakan sempena nama anjing, “pretzel dog”.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!