Guru Besar Muat Naik Video Lucah Melalui WhatsApp Diberi Amaran, Tukar Sekolah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan amaran bertulis terhadap seorang guru besar di Sabah dan menukarkannya ke sekolah lain berikutan tindakannya memuat naik video lucah menerusi satu kumpulan WhatsApp.

 

 

Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan berkata, tindakan itu telah diambil melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

 

 

“Setiap kes aduan yang statusnya berasas akan diambil tindakan sewajarnya mengikut prosedur sedia ada di Kementerian Pendidikan,” katanya.

 

 

 

Kamalanathan berkata, hasil penyiasatan dan temu bual Pejabat Pelajaran Daerah dengan guru besar itu mendapati dia merupakan seorang daripada pentadbir dalam kumpulan WhatsApp dan bukannya individu yang mewujudkannya.

 

 

Beliau berkata guru besar terbabit turut menjelaskan bahawa kewujudan kumpulan WhatsApp itu adalah untuk perkara-perkara lain dan bukannya berkaitan dengan pedagogi (pengajaran) dan pendidikan.

 

 

“Guru besar itu telah mengakui kesilapannya dan telah pun keluar daripada kumpulan WhatsApp itu, tapi sekiranya berlaku lagi tindakan lebih berat akan diambil,” kata Kamalanathan.

 

 

Beliau berkata, pada masa sama, Kementerian Pendidikan juga tidak menolak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana guru lain yang terlibat sekiranya menjejaskan bidang pendidikan dan hal ehwal pelajar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.