Video: Lelaki Belasah Pencuci Kereta Dikecam Netizen

KUALA LUMPUR – Sebuah video seorang lelaki menyerang pencuci kereta mengundang kecaman daripada pengguna-pengguna media sosial.

 

Video yang dimuat naik pengguna Facebook, Atie Abdul Hamid menunjukkan rakaman kejadian di mana penyerang itu menampar seorang pekerja mencuci kereta yang berasal dari Bangladesh.

 

Dalam video itu, kelihatan jelas berlaku pertengkaran yang disaksikan beberapa orang pekerja termasuk seorang wanita.

 

Atie mendakwa kejadian itu berlaku apabila pemilik kenderaan mewah tersebut berang apabila mengetahu lelaki Bangladesh itu duduk di dalam kenderaan serta mengotorkan ruang dalaman kereta tersebut.

 

“Rakaman cctv seorang lelaki melayu memukul seorang bangla yang tengah cuci kereta kerana marah bangla masuk dalam kereta dan menyebabkan keretanya kotor,” menurut keterangan video.

 

Menurut posting itu lagi, lelaki itu juga turut menuntut ganti rugi RM1,000 sebagai pampasan kerana duduk dan mengotorkan keretanya.
“Mungkin bangla tu kotor berpakaian lusuh dan hina,” jelasnya.

 

Klip yang berdurasi 2.31 minit itu hari ini menerima 172,197 komen dan 8,880 likes serta mencetuskan kritikan daripada pengguna media sosial yang melabelkan tindakan pemilik kenderaan tersebut sebagai sombong dan taksub.

 

Pengguna, Aiman ​​Saripudin berkata walaupun punca awal kejadian itu tidak jelas, lelaki ini harus memikirkan jalan yang waras dan bukannya bertindak di luar batasan.

 

“Tak tau nak cakap apa. Tak nampak pun sebenarnya kenapa brader tu nak marah. Tapi kenapa nak kena lempang orang. Biadap namanya.”

 

Ratul Monasi pula berkata tingkah laku taksub lelaki itu harus dikecam: “Seperti seorang manusia bodoh, anda mahu seseorang untuk mencuci kereta anda tetapi anda bertindak dalam apa-apa cara yang kurang ajar. Anda patut malu.” – TheRakyatPost

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.