Sarawak Masih Berpeluang Ke Suku Akhir Piala Malaysia

PELUANG Sarawak melangkah ke suku akhir cerah dengan syarat pasukan itu mampu memanfaatkan peluang baki tiga perlawanan Kumpulan B.

 

Pengendali sementaranya, David Usop berkata, peluang ke suku akhir tetap ada sekiranya menang baki tiga aksi atau sekurang-kurangnya seri.

 

Mengenai pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) Sabtu ini, David berkata, Sarawak perlu memanfaatkan peluang aksi di gelanggang sendiri untuk sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri.

 

“Kita tahu JDT kuat tetapi jika kita dapat turunkan barisan terkuat dengan strategi berkesan serta sedikit nasib kita mampu cipta kemenangan,” katanya.

 

David juga berharap dapat menggunakan khidmat Ivan Fatic dan Ryan Griffiths serta Shahrol Saperi yang terlepas perlawanan menentang Perak kelmarin akibat kecederaan. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.