Hasan Ariffin Zahir Komitmen Terajui PAC Sebaik Mungkin

KUALA LUMPUR-  Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu, ‎Datuk Hasan Arifin menzahirkan komitmen untuk meneruskan usaha cemerlang pengerusi terdahulu dalam menerajui jawatankuasa tersebut.

 

Hasan yang juga merupakan Ahli Parlimen Rompin berkata, hari ini merupakan hari bersejarah baginya apabila usul melantiknya sebagai Pengerusi PAC yang baharu diluluskan oleh Dewan Rakyat.

 

“Parlimen sebentar tadi meluluskan usul melantik saya sebagai pengerusi PAC yang baru menggantikan Datuk  Nur Jazlan Mohamad,  oleh kerana ahli PAC ini akan ditentukan oleh parti dalam parlimen menerusi select commity akan bersidang akan melantik ahli-ahli  PAC.

 

“Saya difahamkan oleh kerana berlaku sedikit pergolakan politik yang mana ada ahli parlimen keluar parti sudah pasti ada beberapa perubahan wakil-wakil parti parlimen dalam PAC,” katanya kepada media di Parlimen, hari ini.

 

Mengulas lanjut, Hasan berkata, setelah ahli PAC lain sempurna pelantikannya, PAC akan segera bermesyuarat meneruskan komitmen mereka.

 

“Setelah semua ahli PAC  dilantik secara rasmi oleh select commity saya akan panggil mesyuarat jawatankuasa PAC seberapa segera yang boleh untuk meneruskan tugas-tugas seperti yang diamanahkan oleh parlimen.

 

“Kita akan menyiasat perkara akan dibawa oleh audit. Saya dilantik oleh BN sebagai pengerusi PAC akan jalankan tugas sebaik mungkin demi kepentingan negara. Insya-ALLAH,” katanya.

 

‎Dalam pada itu, Hasan menangkis bahawa kelewatan pelantikan pengerusi PAC yang baharu adalah bagi melengahkan siasatan terhadap beberapa isu sebelum ini.

 

“Itu hanya persepsi,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.