CUBA Nafi Hantar Tentera Ke Syria

HAVANA – CUBA. Cuba menafikan campur tangan Rusia dalam konflik negara itu sekali gus menidakkan laporan yang mendakwa negaranya menghantar tentera ke Syria sebagai tanda sokongan kepada rejim Presiden Bashar al-Assad.

 

 

Menerusi laporan Reuters, kenyataan yang dikeluarkan jurucakap Kementerian Luar, Gerardo Penalver menyangkal tuduhan yang disifatkan sebagai tidak berasas.

 

 

Selasa lalu, Institut Penyelidikan Cuba-Amerika di Universiti Miami mendedahkan laporan tidak sah diperoleh daripada sumber pegawai Amerika Syarikat (AS) bahawa tentera Cuba dilihat berada di Damsyik.

 

 

Susulan daripada itu, jurucakap Rumah Putih mengeluarkan kenyataan balas dengan menegaskan Washington tidak melihat sebarang bukti yang menunjukkan kebenaran laporan tersebut.

 

 

Difahamkan, kali terakhir Cuba menghantar bantuan ketenteraan kepada negara luar adalah di Angola dan Ethiopia pada 1970-an serta 1980-an.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.