17 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Jerebu tebal kembali melanda negara, dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di 17 kawasan berada pada tahap tidak sihat, setakat jam 8 pagi tadi.

 

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan tertinggi direkodkan di Seremban, Negeri Sembilan iaitu 181.

 

Ia diikuti Tawau di Sabah (164), Banting di Selangor (154), Bandaraya Melaka (151), Bukit Rambai dan Port Dickson (150), Nilai (148), Batu Muda di Kuala Lumpur (145), Putrajaya (136), Pelabuhan Klang (136), Shah Alam (132), Muar di Johor (130), Petaling Jaya (125), Cheras (120), Larkin Lama (107), Pasir Gudang (105) dan Kemaman di Terengganu (102).

 

Sebanyak 27 lokasi lain mencatat bacaan sederhana, manakala lapan lagi kawasan merekodkan IPU baik.

 

IPU 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

 

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.