Pununggang Motor Rentung Dalam Kemalangan Ngeri Di Karak

Kuala Lumpur – Dua maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan jalanraya melibatkan sebuah kereta dan 3 buah motosikal berkuasa besar di KM25 Lebuhraya Karak.

Selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.22 pagi tadi, jentera pertama tiba kira-kira jam 11.40 pagi melibatkan 7 anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Selayang.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan sebuah daripada motosikal berkuasa besar tersebut terbakar dan mengakibatkan penunggangnya maut rentung terbakar.

Seorang penunggang motosikal berkuasa besar maut dilanggar manakala seorang lagi cedera parah, bagaimanapun pemandu kereta tidak mengalami kecederaan serius.

Maklumat mangsa-mangsa belum dikenalpasti.

Hiway Karak 2

Hiway Karak 3

Hiway Karak 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.