Perdana Menteri Ucap Takziah Kepada Kelaurga Bekas Panglima TUDM

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Razak hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Panglima No 1 Divisyen Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Jeneral Datuk Khairul Bakri Mustaffa yang meninggal dunia, kelmarin.

“Takziah kepada keluarga bekas Panglima TUDM Mejar Jeneral Datuk Khairul Bakri Mustaffa yang kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah,” kata Perdana Menteri dalam catatannya di laman Twitter.

Khairul Bakri, 61, meninggal dunia di Turki ketika sedang bercuti bersama-sama keluarganya. Beliau bersara daripada jawatan terakhirnya itu pada 25 Jun 2011.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Bibi Sabariah Mohd Amin dan empat anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.