Kegembiraan Hakiki Tidak Wujud… Jangan Tertipu – Wardina

Kuala Lumpur – “Kita manusia tidak akan selamanya sedih,” tulis selebriti Wardina Safiyyah.

Menurutnya, mereka yang kononnya bergembira tidak akan selamanya bergembira kerana itu lumrah hidup.

“Kita perlu terima bahawa kesedihan adalah sebahagian dari hidup. Tidak mungkin kita selamanya gembira tanpa dugaan,” tulisnya menerusi facebook.

Itu semua, ujar beliau hanya untuk mereka yang diterima di syurga.

“Dunia ini hakikatnya tidak indah, tidak sempurna..tidak ada yang akan kekal bahagia untuk selamanya,” ujarnya.

Justeru, tambah beliau bergembiralah dengan kesedihan kerana kesedihan itu sebenarnya indah.

Menurut Wardina, ianya sebahagian hidup mereka yang beriman kerana setiap Nabi merasa kesedihan.

“Siapa kita kononnya mahu hidup gembira selamanya? Kegembiraan hakiki tidak wujud… Jangan tertipu.

Everything will pass… Good or bad. Tell yourself that. I believe we can be happy… but we can’t stay happy forever because tears and pain will enter here and there in between…,” tulisnya lagi.  –  HarakahDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.