Hyun Bin Bakal Terlibat Drama 20 Episod

Korea Selatan – Para peminat tentunya menantikan kemunculan semula aktor kacak Hyun Bin.

Selepas selesai perkhidmatan wajib ketenteraan di negara Korea Selatan pada tahun 2012 lalu aktor ini belum lagi muncul di mana-mana drama.

Hyun Bin lebih banyak menghabiskan masa bertemu peminat dan membintangi iklan.

Namun khabar terbaharu, pelakon Secret Garden ini bakal terlibat dengan drama berjudul The Fatal Encounter.

Dalam drama ini, bekas kekasih Song Hye Gyo akan memainkan watak lebih hebat dan menonjolkan ciri seorang lelaki idaman wanita.

Drama 20 episod itu akan memulakan penggambaran pada November depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.