Hujan Lebat Berterusan, Banjir Dan Tanah Runtuh Di Nicaragua

Managua – Kira-kira 22 orang terkorban, manakala lebih 32,000 hilang tempat tinggal berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di Managua, ibu negara Nicaragua.

Sembilan daripada mangsa meninggal dunia akibat tebing konkrit runtuh manakala empat lagi dihanyutkan arus deras di pinggir bandar raya berkenaan.

Jurucakap kerajaan, Rosario Murillo, berkata, lebih 4,544 rumah rosak atau musnah akibat banjir.

Setakat ini 5,630 penduduk diletakkan di pusat pemindahan sementara banjir dengan lebih 17 jabatan kerajaan kini dikerah untuk membantu, terutama dalam mengagihkan makanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.