Gambar Aksi Dyana Dan Zairil Tersebar Di Laman Media Sosial

Kuala Lumpur – Agak mengejutkan sekali lagi kontroversi membabitkan parti DAP apabila beberapa keping gambar mesra yang dipercayai milik bekas calon Ahli Parlimen Teluk Intan , Dyana Sofya,27, dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir,32, mula tersebar di laman sosial, hari ini.

Menerusi gambar tersebut, Zairil Khir dan Dyana Sofya yang juga Setiausaha Politik pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dilihat saling bercium antara satu sama lain di dalam sebuah kenderaan disamping beberapa gambar selfie yang menunjukkan Zairil Khir memeluk Dyana Sofya.

Sebanyak 13 keping gambar selfie Zairil Khir bersama Dyana Sofya muncul menerusi laman sosial, Facebook termasuk beberapa blog.

Beberapa pengguna di laman sosial mendakwa gambar tersebut merupakan gambar tulen yang telah diambil daripada pemilik menerusi akaun ‘i-cloud’ serta didakwa berkemungkinan telah digodam (hacked).

Bagaimanapun, Zairil Khir enggan mengulas skandal politik yang mengaitkan beliau dengan Dyana Sofya.

“Saya tidak mahu komen tentang perkara ini… Apa yang boleh saya katakan adalah bahawa ini adalah politik longkang paling teruk,” katanya kepada portal berita, The Rakyat Post, hari ini.

Sementara itu, Dyana Sofya yang mula muncul dalam arena politik 2 tahun lalu serta graduan dalam Jurusan Undang-Undang menerusi laman sosial Twitternya, @dyanasmd turut meluahkan perasaan kesal, kononnya merujuk kepada insiden berkenaan.

Sigh. Not again. Prolly (it’s) time to take real bikini photos! Okay. I was kidding. (Sigh. Tidak lagi. Mungkin sudah tiba masanya untuk betul-betul mengambil gambar berbikini! Okay, saya hanya bergurau),” tulisnya hari ini.

Awal Mei lalu, Dyana Sofya turut dikaitkan dengan beberapa penyebaran gambar yang mendakwa beliau berbikini (pakaian mandi). Namun, sehingga hari ini gambar ‘seksi’ beliau itu masih tidak dapat disahkan kesahihannya sepertimana yang dihebohkan.  –  MD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.