Askar India Dan Pakistan Berbalas Tembakan, 20 Nyawa Tekorban

Islamabad – Askar India dan Pakistan dilaporkan berbalas tembakan di sempadan negara, pertempuran terbaharu sejak awal bulan lalu yang kini sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 20 nyawa.

Namun kejadian hari ini tidak membabitkan sebarang kecederaan, demikian menurut kenyataan tentera Pakistan.

Kejadian dikatakan berlaku apabila askar India mula melepaskan tembakan provokasi di sempadan yang dikuasai puak pemisah Kashmir di Wilayah Punjab.

Kedua-dua negara sejak sekian lama mendakwa mempunyai hak ke atas wilayah Himalaya itu namun ia masih belum dipenuhi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.