Anwar tak mahu jadi hero hanya kerana dakwa Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA)Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersandarkan budi bicara Peguam Negara bukannya kes berkecuali seperti didakwa.

Anwar berkata, beliau maklum bahawa ramai orang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah terhadap Timbalan Perdana Menteri 1 itu namun beliau yakin dengan hujah 11 alasan mengapa Zahid perlu dilepas tanpa dibebaskan.

Tegas Perdana Menteri lagi, ini bukan kali pertama pendakwaan dihentikan selepas kes prima facie kerana ia jelas budi bicara Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

“Kalau dakwa TPM 1(Zahid), saya jadi hero, saya tak mahu hukum orang hanya dengan andaian.

“Bila Peguam Negara buat keputusan, saya tanya bukan runding dan beliau kemukakan 11 alasan. Saya minta penjelasan DNAA itu,” jelas Anwar di Dewan Rakyat pada Selasa.

Justeru beliau menyangkal semua tuduhan yang dilempar kononnnya mengarahkan Peguam Negara untuk membuat keputusan sedemikian ke atas Zahid.

Kata beliau, tuduhan terhadap beliau berhubung kes DNAA Zahid dimainkan seolah-olah ini hal baru dan menuduh ia berkait campur tangan Perdana Menteri.

“Saya dituduh gadai prinsip hanya demi mempertahankan kedudukan sebagai Perdana Menteri (atas sokongan Umno).

“Jangan ingat saya takut, saya lama dalam penjara ingat saya takut dengan kedudukan (PM) ini,” tegas beliau.

Sementara itu, Anwar juga memberikan beberapa contoh kes mahkamah yang diberikan keputusan DNAA sebagai penjelasan bahawa DNAA Zahid bukan keputusan ganjil.

“Ini bukanlah kali pertama suatu pertuduhan itu diberhentikan selepas kes prima facie dibuktikan. Terdapat duluan (precedent) sebelum ini apabila kes pihak pendakwaan telah diberhentikan setelah kes prima facie berjaya dibuktikan ke atas tertuduh dan tertuduh diperintah membela diri di Mahkamah antaranya kes Pendakwa Raya lawan Sit Aisyah dan Doan Thi Huong (kes pembunuhan Kim Jong Nam).

“Di dalam kes tersebut, tertuduh bernama Siti Aisyah telah diberikan perintah dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mac 2019 setelah permohonan memberhentikan kes ke atas beliau dibuat oleh pihak pendakwaan.

“Peguam Negara melalui Timbalan Pendakwa Raya membuat keputusan untuk menggugurkan pertuduhan di bawah Perkara 145, yakni ia adalah budi bicara mutlak Peguam Negara.

“Sedangkan lebih banyak kes rasuah berskala besar yang tidak disiasat, malah diabaikan,” katanya. – Suara.TV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat