Apakah Kamu Begitu Terdesak Mahu Benarkan Pesakit Covid-19 Mengundi? – PCS

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dibidas kerana lebih mementingkan undi pilihan raya daripada nyawa serta keselamatan rakyat di negeri itu.

Timbalan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Pang Yuk Min berkata, adalah mengejutkan apabila Shafie memberitahu bahawa pesakit Covid-19 juga diberi peluang untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

“Apakah penularan virus Covid-19 tidak apa, tapi beri pesakit-pesakit ini keluar mengundi untuk pastikan Shafie terus berkuasa? Pemimpin sebegini kononnya selamatkan Sabah? Saya keliru.

“Adakah Shafie dan parti Warisan sebegitu terdesak sehingga perlu pastikan pesakit Covid-19 juga keluar mengundi? Walaupun ada garis panduan tertentu seperti barisan khas dan sebagainya, begitu terdesak wahai Shafie?

“Apakah kamu begitu terdesak sehingga buta mata mahu membenarkan yang positif virus pandemik maut ini keluar mengundi? Jangan ingat rakyat Sabah tidak nampak semua ini.

“Jangan hanya lantang bercakap kononnya mahu menjaga semua kepentingan rakyat Sabah, fokus dalam ‘menyelamatkan’ Sabah tetapi tindak tanduk pula tidak serupa ‘bikin’,” katanya hari ini.

Akhbar Daily Express melaporkan Shafie memberitahu, pesakit Covid-19 harus diberi peluang melaksanakan hak mereka sebagai warganegara Malaysia pada PRN ini.

“Kita sentiasa boleh sediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada orang-orang ini yang didapati positif dan patut ada satu barisan untuk mereka. Kita tidak boleh halang mereka tunaikan hak mereka,” kata Shafie.

Soal Pang, adakah kerana Shafie mahu ramai keluar mengundi kes positif Covid-19 juga tidak terkecuali.

Dalam pada itu, seorang sumber yang tidak mahu dikenali memberitahu MalaysiaGazette, kebanyakan pesakit Covid-19 adalah warga asing dan tidak mempunyai hak mengundi.

“Daripada 66 kes positif Kluster Benteng kelmarin, 64 daripadanya melibatkan banduan. Bagaimana banduan yang hanya duduk sekeliling dinding penjara ini keluar mengundi, siapa yang dia akan undi?’ kata sember itu – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat