Dua Kerajaan Selangor Yang Berbeza Pendekatan Dalam Isu Setinggan

Suatu masa dahulu Kerajaan Selangor pimpinan Barisan Nasional dan Dr Mohamad Khir Toyo dikecam kerana menyusun semula perumahan negeri di bawah kempen setinggan sifar.

Kerajaan Negeri Selangor ketika itu memberi rumah sewa transit dan bantuan pemindahan. Bagi yang di bawah paras kemiskinan Kerajaan Negeri dengan Kerjasama KPKT memberi bantuan sewa rumah.

Para setinggan juga ditawarkan membeli rumah kos rendah pada harga RM35,000.00 seunit 3 bilik dengan deposit RM1.

Ini semua dituduh kejam dan zalim oleh parti pembangkang ketika itu. Akhirnya jatuh kerajaan BN Selangor pada 2008.

Hari ini kerajaan PKR- DAP hanya memberi tempoh sebulan kepada Penduduk Sungai Kedongdong, Paya Jaras Hilir di Sungai Buloh untuk berpindah tanpa sebarang bantuan dan pelan yang konkrit.

“Dalam tempoh sebulan untuk kami semua mencari rumah sewa dan berpindah bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana perlu diambil kira kemampuan kewangan kami.

“Lagipun, untuk masuk ke rumah sewa perlu wang pendahuluan sekurang-kurangnya dua bulan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Paya Jaras Hilir, Azroy Manaf

Semoga ada pelajaran dan pengajaran dari peristiwa ini.

* Tulisan oleh penganalisis isu semasa dan isu politik, Ab Jalil Backer

Berita Berkaitan;-

Rayuan Tak Dipeduli, Penduduk Tidur Dalam Khemah Selepas Rumah Dirobohkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.