VIDEO: ‘Can Mali Can, Oii Oii’ Riuh Dalam Keretapi

Siapa yang tidak kenal dengan lagu ‘Can Mali Can, Oii Oii,’ kerana ia adalah lagu rakyat yang sentiasa meniti di bibir rakyat Malaysia.

Bahkan, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza juga menggarapkan lagu ini ke dalam lagu barunya yang didedikasi buat puteri kesayangannya, Si Pipi Merah.

Terdapat satu video yang menjadi tular di mana lagu ini menjadi ‘riuh’ di dalam keretapi apabila dinyanyikan oleh orang ramai.

Bukan seorang dua yang bernyanyi, tetapi hampir satu gerabak penumpang keretapi menyanyi!

Masih ramai lagi yang tetap mengingati lagu ini. Inilah keharmonian Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.