Video: Baazar Raya 2019 Tawar Ruang Selesa Kepada Peniaga, Pengunjung

KUALA LUMPUR – Agenda Sepadu Sdn Bhd akan menganjurkan jualan karnival Bazaar Raya Kuala Lumpur 2019 (BRKL) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 16 Mei hingga 4 Jun 2019 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Karnival yang bertujuan mengumpulkan usahawan tempatan khususnya golongan usahawan wanita berniaga bersama disamping menyediakan ruang perniagaan yang selesa dan inklusif.

Melalui cara ini, usahawan bukan sahaja boleh meniaga dalam keadaan yang selesa, malah mengembangkan perniagaan dengan memfokuskan pelanggan yang berada berhampiran dengan tapak bazar, selain menarik perhatian pelanggan baharu.

Pengarah Program Bazaar Raya 2019, Shawn Zain berkata, objektif bazaar raya itu adalah mahu memberi ruang kepada usahawan muda dalam talian dan yang meniaga di kawasan terbuka yang belum pernah menjual di kawasan tertutup menggunakan ‘booth’.

“Objektif program ini adalah untuk mengumpulkan usahawan tempatan meniaga dan mencari rezeki di bawah satu bumbung di samping menyediakan ruang perniagaan yang selesa dan inklusif.

“Yang mana kita boleh bantu golongan usahawan muda mencari sumber pendapatan, yang mana sebelum ni maybe dia kurang dapat pendedahan so sebab tu kami juga di Agenda Sepadu akan bekerjasama dengan pihak MDEC dan SME Bank untuk menjemput geng-geng usahawan muda untuk sama-sama berniaga gi BRKL 2019, katanya dalam sidang media di ibu negara pagi tadi.

Pihak penganjur juga menganggarkan untuk menarik seramai 500 ribu pengunjung serta menjangkakan sebanyak 80% peniaga yang terlibat dalam perniagaan pakaian raya akan menyertai Bazaar Raya 2019, termasuk rakan niaga daripada Indonesia dan Thailand.

Peniaga di bazaar raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) yang akan ditutup mulai tahun hadapan juga disaran mencari lokasi ganti di Bazaar Raya 2019 yang menyediakan ruang perniagaan yang selesa, mudah dan inklusif.

Menurut Ketua Pegawai Komunikasinya, Syed Gaddafi, Bazaar Raya 2019 merupakan inisiatif penganjur untuk membantu peniaga di Jalan TAR mencari lokasi baru untuk meniaga di bulan Ramadhan.

Selain itu, penganjur juga merancang untuk mengadakan beberapa acara sampingan seperti persembahan artis tempatan pada hujung minggu, cabutan bertuah, jualan harga runtuh pada waktu-waktu tertentu, acara pentas bersama selebriti dan penaja serta lain-lain yang masih dalam peringkat perbincangan.

Majlis sidang media ini turut disertai oleh Ketua Pegawai Kewangan Inbosz Technologies Sdn Bhd, Rezal Ishak, serta Pegawai Kreatif Agenda Sepadu, Hairul Sahak. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.