“Sangat Menyakitkan Saya Tidak Berada Di Sisimu”, Anak Najib Luah Rasa Sedih Di Instagram

SHAH ALAM –  Susulan penangkapan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, anak perempuan beliau, Nooryana Najwa memuat naik satu posting di laman Instagram berkongsi luahan hatinya.

Dalam posting yang memaparkan gambarnya bersama Adam, anak lelakinya, Nooryana meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana tidak berada di samping bapanya ketika menghadapi saat-saat sukar. 

“Ia sungguh menyakitkan di kala saya berada di tempat lain dan bukan di sana dengan kamu.

“Saya duduk di katil pada waktu ini 6 pagi di Boston, tak mampu untuk tidur, memikirkan keselamatan kamu, dan bagaimana Mummy, Ashman dan yang lain sedang atasinya, dan terfikir tentang satu petikan kata-kata yang saya beri kepada kamu minggu lalu,” tulis Nooryana sambil menukilkan petikan kata-kata Presiden Amerika Syarikat yang ke-26, Theodore Roosevelt.

 

 

Posting itu juga diakhiri dengan tanda pagar #prayfordsn.

Nooryana kini sedang melanjutkan pelajarannya di Harvard Kennedy School of Government. 

Najib ditahan pada petang tadi, 2 jam selepas beliau dipanggil untuk disoalsiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berkaitan sumbangan RM2.6 bilion yang diterima pada 2013.

Menurut SPRM, Najib akan dituduh di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta, Kuala Lumpur, petang esok. -SuaraTv 

7 thoughts on ““Sangat Menyakitkan Saya Tidak Berada Di Sisimu”, Anak Najib Luah Rasa Sedih Di Instagram

  • September 20, 2018 at 9:34 am
    Permalink

    peduli apa kau tak tidur? salah hukum dakwa sumbat penjara atau hukuman seberat2nya…cepat2 jatuh hukuman . ini tak bolih dikasihani perompak khianat pencuri! rosmah bila didakwa? samalah laki bini pencuri duit rakyat!!!!!! dakwa semua kuncu2 yg terlibat!!! biar dia tau langit tinggi ke rendah? tak sedar diri angkuh bongkak sombong bodoh takbur!!!! allah swt maha berkuasa tak bolih lari punya!!!! terimalah dosa bala yg kau buat dulu??? alhamdulillah maha suci allah…amin

    Reply
  • September 20, 2018 at 9:36 am
    Permalink

    cepat2 sumbat penjara!!!! tak perlu sedih kerana salah sendiri rakus kejam khianat perompak!!!!!

    Reply
  • September 20, 2018 at 9:40 am
    Permalink

    umno rosak rakus korupsi..hancur derai musnah!!! tinggalkan umno pakat2 keluar umno …takan pulih makin hancur ruyup musnah???? rosak hancur umno pasal najib rosmah ….memalukan jengkel khianat…perompak

    Reply
  • September 20, 2018 at 9:41 am
    Permalink

    umno rosak!!!!!!!!! korupsi!!!! khianat !!! pencuri perompak!!!!

    Reply
  • September 20, 2018 at 9:43 am
    Permalink

    kalau kesian mintalah tidur sama dlm penjara ya….duk lama mana suka!!! barulah anak kenang budi ya tak?

    Reply
  • September 20, 2018 at 9:44 am
    Permalink

    anak bapak emak korupsi..m

    Reply
  • September 21, 2018 at 12:27 pm
    Permalink

    Cai ph x abis2 menonjolkan kbodohan diri. Npk sgt x ikut pkmbangan kes. Kalau salah pertuduhan x da apa cite cai.. Jangan main syak wasangka je nk tangkap org sdgkn bukti x ada. Aniaya org ikut nafsu tu zalim namanya.
    Allah maha besar.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.