PRK PD: SPR Akan Bermesyuarat Esok

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, esok.

Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood itu akan membincangkan mengenai tarikh-tarikh penting urusan PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan dalam PRK itu.

“Selain itu, mesyuarat itu akan turut membincangkan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” kata Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini. 

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, untuk membolehkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Danyal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.