Nazri Aziz ‘Pondan’ Lebih Berani Dari KJ, Kata Zam

SHAH ALAM – Tindakan bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menyalahkan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana didakwa menjadi punca Datuk Seri Mustapa Mohamad keluar daripada parti itu, hanyalah tindakan seorang yang ‘bacul’. 

Menulis di Twitter, veteran politik, Tan Sri Zainuddin Maidin dalam pada itu ‘memuji’ Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz yang lebih berani menyuarakan penentangan secara terbuka sebagai protes terhadap Zahid.

“Pondan Padang Rengas Nazri Aziz lebih berani dari Khairy bila beliau isytihar keluar Umno dengan cara sokong calon PKR di PD. Derhaka pada Presiden yang tak berjaya lagi kawal disiplin. Umno dah kacau bilau,” tulisnya dengan menggelar Nazri sebagai ‘pondan’ kerana enggan bertanding menentang Tun Dr Mahathir Mohamad dalam PRU14 yang lalu.

Bekas Menteri Penerangan itu yang lebih dikenali sebagai Zam berkata, Khairy juga wajar mengikut jejak langkah Mustapa keluar daripada Umno, jika tidak bersetuju dengan pendekatan parti kini yang menjalinkan kerjasama dengan PAS. 

“Khairy selaras dengan pandangan saya tindakan Umno bersekutu dengan PAS timbulkan kemarahan pemimpin-pemimpin Umno dalam senyap dan Khairy salahkan Presiden, Zahid sebab inilah dorong Tok Pa keluar Umno dan Umno hilang sinarnya. Tunggu apa lagi, Khairy dah gelap,” kata Zam

.

 

Beliau juga menjangkakan lebih ramai pemimpin yang akan mengikut jejak langkah Mustapa keluar dari Umno.

Mustapa semalam mengumumkan keluar daripada Umno selepas lebih 40 tahun berjuang dalam parti itu. Keputusan itu diambil selepas melihat hala tuju parti tidak lagi selari dengan prinsip politik yang dipegang beliau.

Turut mengikut jejak langkah Mustapa, adalah bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang mengumumkan keluar Umno hari ini. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.