Najib Akan Didakwa Sekali Lagi Esok – SPRM

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 3 petang esok atas tuduhan salah guna kuasa.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata , Najib akan dituduh mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 kerana menyalahgunakan kuasa.

Najib ditahan sebaik sahaja tiba di Ibu Pejabat SPRM jam 4.13 petang tadi.

Pertuduhan itu ada kaitan dengan kes ‘wang derma’ sebanyak RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.