Idris Haron Dijangka Umum Keluar UMNO Hari Ini

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dijangka akan membuat pengumuman keluar dari UMNO, pada Rabu, hari ini.

Idris berkata, alasan utama yang diberikan hingga membuat keputusan keluar parti adalah kerana UMNO tidak mampu bertahan lama jika terus memainkan isu perkauman untuk meraih sokongan dari penduduk luar bandar.

Selain itu, agak sukar buat Barisan Nasional untuk kembali muncul dalam pilihan raya akan datang berdasarkan beberapa kontroversi yang dihadapi.

Idris turut meramalkan satu parti baru akan muncul sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

”Maklum balas politik yang saya terima telah mendorong saya untuk membuat kesimpulan bahawa satu pasukan baru akan muncul sebelum PRU15.

”Oleh itu, saya meramalkan, ahli politik dengan pemikiran yang wajar dalam Barisan dan Pakatan boleh bersatu membentuk gabungan baru bersama dengan badan bukan kerajaan yang terdiri daripada pihak profesional yang berpengalaman,” kata Idris.

Semalam, dunia politik dikejutkan dengan pengisytiharan keluar parti oleh Tok Pa dan diikuti oleh Anifah Aman hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.