Hishamuddin jumpa Tun M?

KUALA LUMPUR – Ketika UMNO kini berhadapan dengan kemelut ditinggalkan pemimpin yang sekian lama berkhidmat untuk parti, iaitu Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman, timbul lagi isu yang mengejutkan.

Dilaporkan bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjumpa dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan tertutup di Putrajaya.

Penasihat media Mahathir, Datuk A Kadir Jasin juga menulis mengenai pertemuan itu di Facebook.

“Assalamuailaikum Datuk Seri Hishamuddin, nak tanya, semalam pergi Putrajaya jumpa siapa?”katanya.

Spekulasi bertiup kencang, pandangan penganalisis politik juga mejangkakan bahawa akan ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen daripada UMNO bakal bertindak meninggalkan parti itu dalam masa terdekat

Hishamuddin merupakan Ahli Parlimen Sembrong dan juga sepupu kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.