Banyak Cakap Tanpa Terkawal Punca Najib Jadi Ancaman Tun M

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Penulis blog politik, Raja Petra Kamaruddin berpendapat terlalu banyak cakap tanpa terkawal dalam sesuatu perkara dan perbincangan rancangan telah menyebabkan kedudukan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi ancaman politik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau menulis pandangan tersebut menerusi status yang dimuat naik dalam laman Facebooknya.

Kata Raja Petra, kejatuhan Najib ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah berpunca kerana orang-orang Najib yang terlalu banyak bercakap tanpa batasan tetapi tidak bermanfaat membantu bekas pemimpin tersebut.

Penulis blog politik ini juga pernah menasihati pembantu atau orang-orang suruhan Najib pada bulan Mei agar Najib perlu memberi tumpuan menyelesaikan kes undang-undang yang membabitkan dirinya dan meletakkan isu politik ke tepi buat sementara waktu.

Namun, tiada sambutan dari cadangan yang beliau kemukakan.

“Masalahnya adalah apabila terlalu banyak cakap tanpa dikawal atau tidak pandai menyimpan kata-kata. Terlalu banyak orang bercakap dan memberi pandangan di mana Najib masih menjadi ancaman politik kepada Mahathir.

”Bencana yang terjadi berpunca dari orang-orang Najib ketika PRU14. Dan mereka masih lagi membunuh Najib yang kononnya usaha telah dilakukan tetapi tiada satu pun yang bermakna,” tulis Raja Petra.

Keadaan yang menimpa Najib ketika ini diibaratkan sama seperti yang terjadi kepada Dato’ Sri Anwar Ibrahim hingga Anwar sendiri memperlihatkan dirinya ancaman kepada Tun M dan mahu memenjarakan Anwar dengan kadar segera.

Justeru, ia telah menyebabkan Tun M telah mengambil langkah ke depan terlebih dahulu dengan memusnahkan UMNO dan Najib dahulu.

”Ini seperti Anwar ‘16 Sep’ yang semua bercakap tetapi tiada asas. Anwar sendiri cuba memberikan gambaran bahawa dia adalah ancaman, sehingga membuatkan Mahathir mahu memenjarakan dia dengan cepat.

”Jadi Mahathir perlu menyiapkan ‘keranda’ buat Najib dengan lebih cepat dan ketat. Terlalu banyak spekulasi yang tidak berasas adalah lebih sakit daripada membantu apa-apa,” tulis beliau lagi.

One thought on “Banyak Cakap Tanpa Terkawal Punca Najib Jadi Ancaman Tun M

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.