Anifah Aman ikut jejak Tok Pa, tinggalkan UMNO

KUALA LUMPUR- Selepas Tok Pa seorang lagi pemimpin UMNO umum keluar parti.

Sebentar tadi, bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umnp, Ketua Umno Bahagian Kimanis dan ahli Umno berkuatkuasa serta-merta.

Dilaporkan surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa hari ini.

Peletakan jawatan tersebut dipercayai diambil bagi membolehkan beliau menunaikan janji-janjinya kepada rakyat Sabah dalam memperjuangkan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, beliau berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) gagal mengembalikan hak rakyat Sabah.

Malam semalam, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar Umno selepas lebih 40 tahun berjuang dengan parti itu.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.