“Ahli Parlimen UMNO Ditawarkan RM20 Juta Untuk Tinggalkan Parti”

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Jamal Md Yunos mendedahkan beliau mendapat makluman terdapat usaha membeli Ahli Parlimen UMNO dengan tawaran sehingga RM20 juta setiap orang untuk meninggalkan parti.

Memetik laporan MalaysiaGazette, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berkata, tawaran setinggi itu bertujuan menjamin kedudukan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

“Saya dimaklumkan tawaran-tawaran yang cukup hebat daripada parti sebelah sana sehingga ada yang ditawarkan sehingga RM20 juta untuk meninggalkan UMNO

“Saya dimaklumkan tawaran sehingga RM20 juta, kalau 10 orang baru RM200 juta, kalau 20 orang baru RM400 juta. Jadi apa ada masalah di sebelah sana kalau kita lihat baru-baru ini mereka mendapat beberapa bilion daripada Iran.

“Jadi untuk mengekalkan Tun Mahathir terus menjadi perdana menteri, mereka akan membeli ahli-ahli Parlimen daripada UMNO walaupun dengan berapa nilainya,” katanya.

Dalam laporan yang sama, Jamal turut menggesa kepimpinan UMNO mengambil tindakan segera bagi menangani isu wakil-wakil rakyatnya yang berpaling tadah.

“Saya berharap suatu tindakan dilakukan oleh pucuk pimpinan Datuk Seri Zahid termasuk melaporkan perkara ini kepada pihak SPRM.

“Apa nak kata, pihak SPRM pun mereka sudah kawal berdasarkan keadaan sekarang yang dapat kita lihat.

“Saya harap ahli-ahli UMNO tidak mencontohi pemimpin-pemimpin yang mengkhianat parti ini,” ujarnya lagi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.