Video : Vida Teringat Anaknya Maut Kebakaran

Peristiwa hitam pemergian dua anak usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali Vida, masih bermain difikirannya.

Mungkin ada yang masih ingat kebakaran di rumah penginapan pekerjanya di Meru Hill, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak pada tahun 2013.

Kebakaran yang meragut dua anak lelakinya kesayangannya, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie, 10, serta seorang lagi pekerja syarikat itu, Muhammad Norsyamil Zaidi, 26.

View this post on Instagram

Meratapi kisah pemergian anak tahfiz Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, 14 September 2017 . . Semoga saudara dan sahabatnya Tidak akan putus dan berhenti berdoa.. ..hadiahkan Al-Fatihah sampai bila2 . . Saya terkenang.. Dua anak yg sdg tunggu saya di Syurga.. Syurga TERTINGGI seperti yg mrk selalu doakan.. . . Mmg payah nak terima awalnya Tapi sampai skrg.. Saya rasa mereka seolah masih ada dgn Saya lg.. Walaupun dalam Memori sahaja.. Mereka menunggu…menunggu.. Saya di syurga.. Sebak.. Pedih.. Dan berdebar jantung . . Bkn mudah yer syg.. Hadapilah dengan kuat Mmg kena hadap.. Yg berlaku ini tidak byk beza..kebakaran.. Tapi 2 putera saya tak hangus.. Lemas asap.. Fizikal mayat mrk.. Tak tercalarpun.. Walau rumah saya tu.. Jadi abu.. ..mrk dilindungi.. REDha .. takwA, pasrah saja.. Untuk raih kejayaan dan hikmah baiknya.. ADA UJIANYER.. Al-Fatihah.. Untuk anak2 tahfiz Dan anak saya Eddy dan Edrie.. Semoga semuanya ditempatkan d syurga tertinggi Aminnn.. . BERTABAHLAH.. Keluarga arwah semua.. Mrk dijemput Ilahi.. Hari Jumaat..

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Disebabkan itu, tidak hairanlah Vida turut berkongsi rasa sedihnya dengan keluarga mangsa yang menimpa pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah baru-baru ini.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Vida dilihat telah memuatnaik dua video asal yang disunting pekerja pereka fesyen terkenal, Rizalman.

Dalam masa sama, kapsyen yang ditulis oleh Vida itu sangat menyentuh hati netizen.

“SAYA yang pernah melalui pengalaman sebegini… Tahu betapa MAHA HEBAT ujian sebegini… Saya terkenang… Dua anak yang sedang tunggu saya di Syurga… Syurga TERTINGGI seperti yang mereka selalu doakan,” tulisnya.

Perkongsian usahawan kosmetik itu telah menerima lebih daripada 131,000 tontonan setakat ini, petik MH.

Rata-rata pengikutnya berkata dapat merasai kesedihan yang dialami Vida dan kini Vida Membesarkan dua orang anaknya, Cik B dan Kacak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.