Video: ‘Parti Bunga ni Hanya Untuk Orang Kaya Sahaja’ – PMSP

PETALING JAYA –  Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendakwa bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya untuk golongan kaya sahaja.

Menurut Pegawai Tugas-Tugas Khas PMSP, Shafik Abdullah, kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Pengasas Bersama PPBM Anina Saadudin keluar daripada PPBM kerana beliau tidak kaya dan tidak bekerja adalah ‘biadap’.

“Tan Sri muhyiddin biadap kalau dia keluarkan statement cakap dia keluar PPBM tak ada duit dan tak ada kerja.

” Parti bunga raya ini kiranya untuk orang kaya dan kalau orang miskin ini tak perlulah nak masuk parti bunga ini,”katanya ketika ditemui media tadi.

Ekoran daripada berlaku ketidakadilan terhadap Anina, PMSP tampil untuk memberikan bantuan terhadap beliau sekiranya diperlukan.

Menurut Presiden PMSP, Ramesh Rao, pelbagai jenis bantuan sedia diberikan sekiranya Anina memerlukannya.

“Puan Anina perlu bongkarkan segala jenis gangguan ketika berada dalam PPBM.

“Masa dia kata nak kuar pastikan dia kena macam-macam gangguan seperti gangguan sexualiti, mentaliti dan sebagainya.

“Kalau puan anina nak bantuan, kami di PMSP sedia untuk membantu. Kami menawarkan apa yang kami boleh bantu dalam membantu dia meneruskan kehidupan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.