Video: ‘Mukhriz Tolonglah Jadi Anak Jantan’

PETALING JAYA – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mengesa agar Datuk Seri Mukhriz Mahathir jadi seorang anak jantan dengan mendedahkan apa yang dimaksudkan dengan ‘Masyuk’ dalam satu muatnaik status di akaun twitternya.

Menurut Presiden PMSP, Ramesh Rao, Mukhriz perlu membuktikan bahawa kenyataannya tentang isu ‘Masyuk’ dan beliau perlu membuktikan siapa yang dikatakan masyuk tersebut.

“Jangan jadi hipokrit, jangan jadi munafik, buktikan apa maksud masyuk, siapa beri rasuah, siapa terima rasuah.

“Saya desak dia kasi penjelasan dan jadilah anak jantan dan buktikan sapa yang terima dan janganlah nak jadi pondan,”katanya ketika ditemui media tadi.

Mukhriz menulis status yang berbunyi:”Masa beli 6 Pesawat Airbus A380 dulu masyuuk, jual pesawat-pesawat itu pun akan masyuuk. Beli Rm42 Billion pesawat Boeing pula, Masyuuk lagi,”

Tambah beliau lagi, muat naik status ini nyata hanya memberi kesan buruk kerana ia berbaur menghasut dan akan menimbulkan rasa tidakpuas hati masyarakat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Ini adalah satu hasutan yang boleh rosakkan minda rakyat yang menimbulkan rasa tidakpuas hsti kepada Datuk Seri Mahathir.

Ekoran daripada itu, beliau memberikan tempoh selama 7 hari kepada Mukriz untuk membuktikan dakwaannya sebelum beliau membuat laporan polis terhadapnya.

“Kita minta Mukhriz untuk menjawab, kalau gagal jangan jadi munafik.

Saya beri dia 7 hari untuk dia buktikan apa yang dia maksudkan dengan masyuk. Jangan jadi kebudak-budakkan…pergi ke SPRM kalau ad bukti rasuah berlaku,”ujarnya.

Terdahulu,Boeing dan Malaysia Airlines menandatangani Memorandum Persefahaman untuk membeli 16 pesawat – masing-masing lapan 787 Dreamliners dan 737 MAXs, di Washington D.C pada Selasa.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.