Prosiding RCI Kerugian BNM Selesai, Penggulungan Ditetapkan Khamis Ini

PUTRAJAYA – Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kes kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) akibat urus niaga mata wang asing sekitar tahun 1990-an, berakhir hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan memerintahkan semua pihak memfailkan penghujahan bertulis masing-masing sebelum pukul 5 petang, Khamis ini.

Ketika menyampaikan ucapan penutupnya, Mohd. Sidek menyatakan sebanyak 42 dokumen dimasukkan sebagai keterangan sepanjang sembilan hari pendengaran mulai 21 Ogos lalu di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman di sini.

Seramai 25 saksi telah dipanggil sepanjang lapan hari berlangung, antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan beberapa tokoh besar lain.

Saksi terakhir ialah Rizal Ishak sebelum itu memberi keterangan berhubung tahap kesihatan bapanya, Tan Sri Ishak Tadin, 86, yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Audit Negara.

Tak perlu panggil Murad

Sementara itu, Sidek ketika ditemui media di lobi mahkamah memberitahu, tiada keperluan untuk memanggil kembali bekas penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid.

Ini katanya, maklumat yang diperlukan untuk membuat kesimpulan keseluruhan sudah mencukupi.

“Isu untuk memanggil kembali saksi ketiga iaitu Murad bagi pengesahan lanjut. RCI berpendapat perkara yang perlu diambil untuk suruhanjaya membuat rumusan telah pun .

“RCI akan membuat kesimpulan apabila kita muktamadkan laporan ini,”kata Sidek sebelum menggulung RCI.

Laporan penuh RCI akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad ke-V pada 13 Oktober 2017.

Murad ketika memberi keterangan di prosiding di hari pertama berkata kerugian yang ditanggung BNM atas urus niaga berkenaan adalah RM31.516 bilion dalam tempoh 1991 hingga 1994.

Sementara itu menyentuh permintaan peguam Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat laporan polis terhadap Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Mohd Puad Zarkashi juga dianggap Sidek sebagai tidak perlu.

Haniff ketika mempertahankan gesaan itu berkata kenyataan Puad itu boleh menjejaskan bekas perdana menteri itu apatah ia bersifat menhina dan mencabar RCI.

Puad pada minggu lalu menuduh bekas Penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai berbohong kepada panel dan melindungi Dr Mahathir.

Sidek juga menegaskan kekal dengan kesimpulan yang dibuat pada 21 Ogos lalu bahawa BNM rugi sebanyak RM31.5 bilion, sekaligus enggan menarik semula kenyataan itu sebagaimana yang pernah diminta Haniff.

“RCI akan membuat kesimpulan muktamad. Semasas siasatan beberapa angka akan muncul.

“Sama ada ia berbeza daripada kesimpulan pertama isu ia dikeluarkan tidak timbul. Kami akan membuat kesimpulan muktamad apabila kami menyerahkan laporan dan cadangan kepada YDPA,” ujarnya. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.