Polis Tahan Lelaki Bunuh Bakar Warga Jepun

Bali – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh dan membakar pasangan warga Jepun di kediaman mereka di sini pada awal bulan ini.

Mayat Nurio Matsuba, 76, dan isterinya, Hiroko, 73, ditemui rentung pada 4 September lalu di kediaman mereka di Jimbaran selatan Bali.

Polis semalam menahan seorang lelaki tempatan yang berusia 25 tahun dikenali sebagai Putu Astawa.

Jurucakap polis, Hengky Widjaja berkata, Putu ke rumah pasangan berkenaan untuk mencuri tetapi terserempak dengan mangsa sebelum menikam mangsa.

“Putu mencuri kerana terdesak untuk melangsaikan hutangnya berjumlah Rp10 juta (RM3,158),” katanya.

Polis percaya Putu mengikat sebelum menikam Hiroko diikuti suami wanita itu menggunakan pisau yang dijumpai suspek di depan pintu rumah.

Putu kemudian kembali ke rumah pasangan itu pada waktu petang dan membakar mayat mangsa dengan petrol bagi menghapuskan bukti.

Pasangan itu tinggal di Bali selama tujuh tahun dan Matsuba adalah seorang broker ikan tuna. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.